12.30.2010

Belum Sampai Ajal

Seorang lelaki sedang meninjau pedalaman Amazon tiba² saja dikepung sekelompok primitif yang kehausan darah.

"Oo... Tuhan matilah aku..." jeritnya.

Tiba-tiba dari langit muncul kilauan cahaya.. dan terdengar suara bergema :

"Tidak anakku... ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri didepanmu itu".

Si pengembara itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukul batu itu ke kepala pemimpin sekuat tenaganya... lalu pemimpin itu mati.. Dia berdiri diatas mayat pemimpin...

Ketika itu 100 orang primitif yang mengepungnya sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh.

Kilauan dari langit itu muncul sekali lagi dengan suara bergema :
"Nah... sekarang... baru ajalmu tiba anakku..."

Insiden di Klinik Swasta

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

Kisah dukun peramal cuaca

Di pedalaman perkampungan Borneo, datang seorang mat saleh yg bernama Mr. John. Hobinya adalah jungle trekking. Tapi ada satu yg merisaukan dia ketika trekking iaitu keadaan cuaca yg tak menentu..

Orang kampung menasihati Mr. John supaya mendapatkan ramalan drpd Pak Dukun kerana ramalan dia selalunya sangat tepat..


Mr. John: Penduduk kampung said, uncle pandai meramal cuaca. Hm, can i know, tomorrow hujan or tidak?

Pak Dukun: Hujan.

Mr. John: Owh, really? Thanks ya. Tomorrow i takkan masuk hutan.


Keesokan harinya, Mr. John datang lagi utk mendapatkan ramalan Pak Dukun.


Mr. John: Uncle, tomorrow hujan atau tidak?

Pak Dukun: Tak hujan.


Lepas dengar ramalan Pak Dukun, Mr John segera menyiapkan semua kelengkapan dia untuk masuk ke hutan. Aktiviti jungle trekking dia berjalan sungguh lancar. Dia rasa sangat gembira sekali.

Pada malam tu, Mr. John datang bertemu lagi dengan Pak Dukun untuk dapatkan ramalan hari esok pulak..


Mr. John: Wow, ramalan uncle memang tepat. I sungguh tak sangka. Can i know cuaca esok pula uncle?

Pak Dukun: Saya tak tau la. Harini radio saya rosak..

Mr. John: ..................

telur ayam siapa??







Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya"jerit Azhar.

"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar. Mereka pun bertengkar. "Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan.

Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar. Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. "Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

Kahwin

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Selimut dan Cuti Sekolah

Lawak 1 - Cuti Sekolah

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....



Lawak 2 - Selimut

Mendengar bunyi yang kuat dari dalam bilik seorang anak, si ibu bertanya dari luar.

"Bunyi apa itu, Man??"

"Selimut jatuh dari tempat tidur, Bu!"

"Apasal bunyinya kuat sangat?"

"Di dalam selimut ada saya, Bu!"