2.05.2011

INGAT HANG SORANG ADER NENEK?

Ceritanya gini...kat kawasan utara ni..sejak aku
kecik-kecik dulu dah kenai dah ngan orang-orang dari
Petani (selatan Thai ) yang dok jual kat
kampung-kampung. Biasanya barang dagangan dia, dia
junjung kat atas kepala..dia jual dari rumah kerumah
.Dulu..pas musim menuai padi, banyak la depa mai jual
,maklumlah ..poket orang kampung dah agak berisi sikit
(tolak tak ghebah..orang Kedah kata).

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang
agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma
jual topi saja (dulukan orang menuai secara
manual..'mengerat' orang Kedah kata , nak elak dari
panas depa pakai topi ni ..diperbuat dari rumput
'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak
macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah
ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di
pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari
'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah
satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualan
dia..dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas
badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat
bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi
'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'.Terbangun la dia..dia tengok
sekeliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi
topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti kena marah
ngan tokey nanti pasai topi dia hilang.

Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu
kat atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo,
makhluk ni rupanya yang curi topi aku. Berpuluh-puluh
ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu..Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq
perempuan tersebut. Dia ambik galah..jolok-jolok
keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak
'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la
dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru
dia ,dia lompat ,monyet tu pun ikut lompat
semua..Jeng...jeng..jenggg..dia ada satu idea..dia
ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun
baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga
baling topi yang depa pakai ketanah. Dapat la balik
semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik
kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat
anak dia.

Waktu berlalu begitu pantas. perempuan tersebut dah
jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan
ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat
cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun
sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek
dia dulu. Suatu hari, cucu dia pi menjual topi
dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu
t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah
pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur
dgn topi-topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas
dah dekat petang dah , dia pun bangun dari
tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas
pokok tuu.....hmmhhh. monyet- monyet tu dah ambik topi
dia. Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan
monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak
leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek
dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala,
monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2
tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam
hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi
kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan
harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun
yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah.
Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak
monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi
tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung
pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang
aja ada nenekkkkkk...?"

JUmaat

Suatu hari Jumaat, Amin dibawa bapanya ke Masjid untuk bersembahyang
Jumaat. Walaupun sebenarnya Ustaz tak galakkan bawa  budak-budak
sekecik Amin ni ke Masjid, tapi bapanya yang kurang arif tu bawa juga
lah.

Masa khutbah, Amin tengok semua orang dalam masjid senyap (kecuali
tok khatib le). Amin tanya kat bapanya, "ayah, kenapa semua orang
senyap?" Bapanya terus "Syyyyyyy....". Amin pun senyap le.

Bila selesai sembahyang, Amin kata "ayah, Amin tau kenapa semua orang
kena senyap tadi... sebab ada orang tidur!"