Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Jargon. Jargon ni
dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Jargon yang dah lama
kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang
akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Jargon pun cuba la merisik-risik dengan
kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai. Blacan, kawan karibnya yang
mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Jargon kerana dia ada calon yg sesuai
untuk Jargon. Jargon sungguh gembira bila mengetahui calon yang Blacan nak rekomenkan
adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Blacan supaya Jargon menerima pilihannya.
"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Can ??" tanya Jargon.
"Kau tu pun bukannya tua sangat Gon, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Blacan
membodek Jargon.
"Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai
duit la.." kata Blacan lagi.
"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah
pinjam" kata Jargon tanpa berfikir panjang. Blacan pun segera berlalu dengan gembira bila
memikirkan janji Jargon.
"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Blacan kepada Jargon.
Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Jargon, hari dimana dia akan disatukan
dengan isterinya yang baru, Cake kerim nama bakal isteri Jargon. Hari tu Jargon sungguh
segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Blacan disebelah sebagai pengapit yang
memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Jargon.
Jargon segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti.
Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Jargon disambut meriah siap dengan paluan kompang
lagi. Para tetamu menyambut Jargon dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah ,
tiba la masa yang dinanti2 oleh Jargon, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun
dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Jargon bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar
nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Jargon mulanya merasakan itu
hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh
nenek itu mencium tangan Jargon, baru la Jargon sedar itula isterinya yang selama ini
dibayangkan seorang janda muda 18thn.
"Blacannnnnnnnnn!!!!!!" jerit Jargon sambil berlari keluar mencari Blacan. Blacan yang
ketika itu sedang menjamu selera, terkejut beruk mendengar jeritan Jargon.
" Kau tipu aku Blacannnnnn!!!" jerit Jargon sambil mencekik leher Blacan.
"Tipu apa plak???" tanya Blacan bingung.
"Kau kata 18thn!!!!" balas Jargon.
"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"
"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"
No comments:
Post a Comment