12.18.2010

Lawak Akta 15

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja
sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau
kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar
berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"

Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"

Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."

Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
dari kereta.. mereka hanya berehat sambil
berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya
dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah..
Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan
tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak
membantah... hinggalah akhirnya ketika
Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni
berkata dengan sopan..
"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial"

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus
menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun
sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta
15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja
sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca
kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja"

No comments:

Post a Comment