1.15.2011

Misteri Bungalow Baru

Misteri Bungalow Baru

Kalau ada yang sakit jantung tok sah baca citer ni................

Kisah terjadi lebih kurang dua tahun yg lalu. Mohd dan isterinya,Maria
baru saja berpindah kerumah idaman mereka. Sebuah rumah bungalow dua
tingkat dengan permandangan yg indah menghala ke pantai.

Inilah saat yg amat dibanggakan oleh Mohd kerana setelah hampir setahun
mencari rumah yg sesuai akhirnya ketemu juga, berkat pertolongan ejen
rumah nya yg cekap dan tidak berputus asa. Setelah berkemas barang
barang dari dlm kotak Mohd duduk berehat di ruang tamu sambil menonton tv.

"Abang nak kopi?" tanya Maria pada suaminya Mohd menganggukkan
kepalanya lalu tersenyum. Mereka berdua berehat sambil berbual bual
tentang rumah yg baru sehari mereka diami. Jam didinding menunjukkan pukul 11
mlm,angin sepoi sepoi bahasa meniup ke dalam rumah mereka. Inilah kali pertama
mereka dapat rasakan angin laut dari rumah mereka sendiri. Selalunya kalau
hendak menikmati angin laut mereka ke tepi pantai, itupun kalau ada masa
lapang,maklumlah masing masing selalu sibuk dgn tugas di pejabat.

"Eh u tak tutup paip air di tandas ye?" tanya Mohd. "Uh? I tidak ke
tandas pun...hmmm" balas Maria sambil cuba mendengar bunyi air, "Eh iyelah, paip air
terbuka di tandas....alaahhhhh u pergi tengoklah, i penatlah"

Mohd bangun dari sofa lalu berjalan ke arah tandas untuk memeriksa paip
air. Ternyata sangkaannya betul, paip air ditandas terbuka, air mengalir dgn
derasnya. Ketika dia hendak memusing kepala paip itu tiba tiba....
"jangan tutup!" Mohd menoleh ke arah suara yg baru didengarnya, tapi
tidak ada siapapun disitu. Dia terus tutup kepala paip tersebut.

"Aik? U buat apa? takkan tutup air pun lambat?" tanya Maria bila
melihat suaminya duduk di sofa.

TUP! Gelap....bekalan elektrik terputus. "Wat nowwwwwwww????" keluh
Maria "Alaah trip lah tu, takper u duduk sini, i cari torchlight" balas Mohd.
Mohd bangun semula, mencari lampu picit yg ada disimpanya di dlm laci di
dapur. Sedang dia meraba raba untuk mencari lampu picit, kedengaran bunyi air
mengalir dari tandas. Paip air rosak ke? tanya dia didlm hati.
Berbekalkan lampu picit ditangan , Mohd terus ke tandas. Sedang dia
berjalan, kedengaran bunyi seperti org membasuh baju ditandas. Setapak demi
setapak dia melangkah, jantungnya berdegup pantas, dia rasa tidak sedap hati.

"Kenaper bang?" Mohd tersentak dengan teguran Maria, "Issss..u nie..
tiba-tiba je timbul" "Kenaper bang?...eh?..i thought u dah tutup...."
Maria terhenti, matanya terbeliak, dia memandang ke arah Mohd lalu berbisik,
"there's someone in there" sambil jarinya menunjuk ke arah tandas.

"Shhhhhhh..i know" balas Mohd. Mereka berjalan ke arah tandas dgn
perlahan. Maria memegang lengan suaminya...langkah diatur setapak demi setapak
hingga mereka tiba di muka pintu tandas. Lampu picit disuluh.....dan
alangkah terperanjatnya mereka bila melihat ada seorang perempuan tua
duduk di dalam tandas sedang mencuci baju, badan perempuan itu membongkok ke
bawah membelakangkan mereka. Mohd dan Maria terperanjat, mereka tidak berbuat
apa apa selain dari memerhatikan perempuan itu yg asyik dgn membasuh. Selang beberapa
saat kemudian, perempuan tua itu berhenti, dgn perlahan dia menoleh ke
arah Mohd dan Maria yg masih tercegat di situ.

Lampu picit disuluh ke muka perempuan itu dan alangkah terperanjatnya
mereka bila dapati mata perempuan itu merah menyala dgn titisan darah mengalir
keluar dari mulutnya. Rambutnya putih panjang mengurai, muka pucat dan
bibirnya birat. Satu permandangan yg amat menggerunkan!

Perempuan tua itu tersenyum menampakkan giginya yg hitam. Maria
pengsan......Mohd gugup, mulutnya terkumat kamit cuba membaca ayat
ayat suci yg sudah sekian lama tidak pernah dibacanya. Angin diluar
bertiup semakin kencang, halilintar menyambar ruang angkasa diikuti dgn hujan
lebat.*****************************************************************

Tiba-tiba Mohd berkata..........."alamak macam mana aku bleh terlupa
plak yang mak aku ikut aku masa pindah kat sini............... Mulut dia
yang merah tu rupa-rupanya dia makan sireh, oleh sebab tengah basuh kain, sebab
tulah air liur die meleleh sikit.............(Maklumlah dah tua, tak boleh nak
control air liur sangat)

Tamat

No comments:

Post a Comment