1.17.2011

Misteri Nusantara

Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran
Mamat) kepada wartawan Variasari.
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?". Si
mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik
tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm...bolehlah."
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati simamat
berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan
perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak
kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang
tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot.
Atau nak menguji aku?" Si mamat pun jawab,
"Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri
pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang
tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi,
"Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi,
"Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,
"Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda

terima kasih kerana tumpangkan pakcik."
Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat
tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan
perjalanan. Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya mintak dia
roti sekali.

No comments:

Post a Comment