2.05.2011

JUmaat

Suatu hari Jumaat, Amin dibawa bapanya ke Masjid untuk bersembahyang
Jumaat. Walaupun sebenarnya Ustaz tak galakkan bawa  budak-budak
sekecik Amin ni ke Masjid, tapi bapanya yang kurang arif tu bawa juga
lah.

Masa khutbah, Amin tengok semua orang dalam masjid senyap (kecuali
tok khatib le). Amin tanya kat bapanya, "ayah, kenapa semua orang
senyap?" Bapanya terus "Syyyyyyy....". Amin pun senyap le.

Bila selesai sembahyang, Amin kata "ayah, Amin tau kenapa semua orang
kena senyap tadi... sebab ada orang tidur!"

No comments:

Post a Comment