3.20.2011

Kalau Sudah Sikap Penipu

"Pada satu masa dulu yang tak tau bila ada la tinggal satu keluarga yang terdiri
daripada 3 orang, bapak, emak dan anak lelaki mereka yang selalu saja rileks
kerjanya.

Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap
bohong, malah boleh kata macam hobi pulak. Sehari kalau tak menipu memang terasa
tak lengkap hidup. Memang tak lalu makanlah.

Maka pada satu hari,
ditakdirkan isteri lelaki terbabit meninggal dunia. Mati tanpa sebab, tetiba
jer. Maka beritahulah sibapa kepada anaknya."Kau pergilah bagitau kat Imam dan
orang2 kampung berita sedih ini, untung untung ada orang boleh tolong.. aku tak
boleh pergi sebab kaki aku sakit..."



Si anak yang memang tau bapak dia menipu hanya mengangguk. Dia
berlalu pergi.

Setelah berita itu di sampaikan kpd orang kampung maka
tiada seorang pun yang percaya akan berita yang disampaikan. Mana taknya itu
bukan kali pertama berita semacam itu didengar. Maka pulanglah si anak dengan
wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si ayah.

Si bapak dengan
wajah yang kesal akhirnya bersuara. "Aku ingat sudah sampai masanya kita
berubah... tak boleh menipu lagilah. Pagi esok kau ikut aku, kita pergi ke lubuk
kat hujung kampung sana, aku semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yg
nak buang sikap buruk, dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat
buruk dia jauh ke dalam lubuk. Camna?"

Si anak hanya mengangguk sahaja
kerana tiada lah ia mampu menandingi skill menipu bapaknya yang memang luarbiasa
itu.

Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke
lubuk misteri seperti yang dirancang.Setelah sampai berkata si bapak dalam
hatinya. "Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish
bahaya ni..." Lalu dia bersuara, "Leman (nama anak dia ler)...kau terjun dulu
biar aku berkawal, kat sini memang keras, org berpengalaman macam aku jer yg
boleh mengawal keadaan dan keselamatan dgn baik".

Si anak tanpa membuang
masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si bapak menunggu. Seminit...Dua
minit... tiga minit...Si bapa mengeluh. "Dah mati ke budak ni?. Lama
betul..."

Pada masa yang sama sebenarnya si anak sedang bertarung dengan
nyawanya di bawah permukaan air. Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut
di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali. Sudah tentulah
setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia berjaya lalu timbul di permukaan
air.

"Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanya sibapak
kehairanan. "Huh, mau nya tak lama pak, kat bawah tu macam2 ada, pelbagai jenis
makanan dan minuman disediakan. Semuanya free belaka. Ada nasi goreng, roti
canai, Kenny Rogers dan macam macam lagi. Kalau tak teringatkan bapak sorang
sorang kat sini saya ingat dah tak nak naik lagi dah.."jelas anaknya dengan
penuh penghayatan.

Cerita si anak tadi telah menyebabkan asid di dalam
perut dibapak tadi mengeleggak. "Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah
ni, baik aku terjun.."nekad si bapak. Dush...si bapak tadi terjun ke dlm lubuk
kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan. Kepalanya terhantuk
dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali. Si anak
bertanya, "Bapak, apa yang telah berlaku?" Bapak dengan selamba
menjawab

"Tu la hang, lain kali kalau nak makan bayar laa.. tak pasal2
aku kena belasah sebab hang makan dan minum pas tu tak bayar..." "

No comments:

Post a Comment