3.20.2011

Kalau Sampai Ipoh

"Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang
baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu
itu berpesan pada
pemandu

bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya...


Nanti kalau sampai di
Ipoh...
cakap pada anak saya."


Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.
setiap seminit dia
akan
bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah
sampai Ipoh belom?"


Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya. Penumpang
disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom
sampai lagi ni.. nanti
kalau
sampai saya akan kejutkan!"


Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan
dan bertanya pada
pemandu
untuk kesekian kalinya,


"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"


Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu
berkata.. "Belom!
Tidur
aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti
dikejutkan..!"


Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia
tertidur nyenyak sekali.


Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas
lupa
pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh..
tidak ada seorang pun
yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar..
si anak masih tertidur
dan
tidak bangun-bangun.


Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan
si anak. Lalu ia
bertanya
pada para penumpang..


"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana
ni.. perlukan kita
hantar
semula anak ini?"


Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut
melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka
berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh..


Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.


"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata
Pemandu..


Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah
sampai ya!" Lalu si anak
pun
membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi
bungkusnya..


Seluruh penumpang kehairanan..."Bukankah kamu
hendak turun di Ipoh?"
tanya
pemandu kebingungan.



"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai
di Ipoh.. saya boleh
makan nasi bungkus ni!"

No comments:

Post a Comment